Camp Sambel 2

by Alexandra Crosby August 20, 2012
Sama-sama belajar! February 20-25, 2012. Malaysia.

English version

EngageMedia dengan kerjasama Pusat KOMAS mengadakan sebuah kem pengedaran video untuk para aktivis daripada Indonesia, Singapura, Malaysia, Timor Leste, Thailand Selatan, Filipina Selatan, dan Brunei. Camp Sambel 2 diadakan di Malaysia dan membawa bersama peserta-peserta daripada kumpulan-kumpulan budaya yang utama dan individu untuk berkongsi kemahiran dan bekerjasama dalam mengembangkan cara pengedaran video mereka, termasuk strategi dan teknologi.

Camp Sambel 2 adalah salah satu tempat pertemuan bagi mereka yang ingin berkongsi pengalaman dan kemahiran. Perjalanan program kem ini secara sebahagian besarnya akan ditentukan oleh peserta, tetapi secara pastinya ia juga mempunyai presentasi projek terkini, bengkel tentang strategi pengedaran dan kempen, pemampatan dan muat naik video, perbincangan tentang pengedaran bebas, perlesenan dan tayangan video. Sebahagian besar aktiviti/bengkel Camp Sambel 2 menggunakan Bahasa Malaysia/Indonesia dan Bahasa Inggeris.

Informasi lebih lengkap tentang program ada di sini.

Camp Sambel group

photo by: kstanphoto

Jikalau ada apa-apa pertanyaan berkaitan dengan Camp Sambel, sila hubungi alexandra@engagemedia.org

DUKUNGAN

Camp Sambel 2 disokong oleh The Open Society Foundation dan penggalangan dana dari orang-orang antara lain: Jemima Mowbray, Annemarie Kohn, Rahima Hayes, Tim Webster, Kaho Cheung, Andrew Garton, Ros MacKinlay, Kitka Hiltula, Mark Taylor, Barry Dickson, Fiona Winning, Heidi Douglas, Kieren Torres, Miriam Lyons, Dan Laurence, Future Perfect, Rebecca Conroy/Bill and George dan banyak lagi yang tidak ingin disebutkan namanya. (Mohon kontak kami jika nama anda belum disebutkan).