Mengulang pelajari Prejudis dalam Era Pembohongan Digital

This post is also available in: English

Illustration: Sylverarts/iStock

Ditulis oleh Izzah Dejavu

Di manakah garis pemisah antara kebenaran dan kepalsuan dalam era digital ini? Internet, yang suatu ketika dahulu dipuji sebagai alat pendemokrasian1, kini menjadi medan pertempuran naratif yang bersaing2 bagi mendapatkan dominasi. Lebih daripada sekadar perbezaan kaum, kelas, atau demografi, kita kini terpecah dan terbahagi melalui maklumat yang kita dapatkan.3 Maklumat salah4 dan maklumat palsu5 bukan sahaja memesongkan realitiโ€”ia menimbulkan prejudis, mencetuskan ketegangan dan membawa kesan nyata dalam kehidupan seharian.

Malaysia tidak terkecuali daripada fenomena global ini. Pada tahun 2019, gerakan “Buy Muslim First”6 mendapat momentum di tengah-tengah kebimbangan kaum dan agama yang semakin meningkat. Kehadiran ahli-ahli politik berhaluan kanan, NGO konservatif dan pendakwah agama seperti Zakir Naik7 memperburukkan lagi perpecahan ini, sehingga ia menjadi medan pertempuran identiti budaya, konflik ideologi dan vigilantisme digital8. Lama kelamaan, polarisasi ini berkembang dan dimanifestasi dengan kemunculan kod-kod sindiran perkaumanโ€” Type M,” “Type I,” dan “Type C”9โ€”yang digunakan dalam talian untuk melabel kaum Melayu, India dan Cina. Kontroversi memuncak apabila sebuah perniagaan ayam goreng menggunakan istilah menghina “Type C” terhadap komen pelanggan10, mencetuskan kemarahan awam terhadap isu perkauman di Malaysia. Hanya beberapa minggu lalu, seorang penjual jagung menjadi viral kerana memaparkan kata-kata menghina kaum India di gerainya.11

Insiden-insiden ini bukanlah kes terpencil, tetapi simptom kepada masalah yang lebih mendalam dan berterusan. Media sosial berfungsi sebagai penguat dan pemangkin, mengubah bisikan menjadi perdebatan nasional di mana kemarahan merebak lebih pantas daripada fakta. Sayangnya, pada saat kebenaran akhirnya muncul, kerosakan telah pun berlakuโ€”ia memecahbelahkan masyarakat dan kerja mengukuhkan jurang ini mengambil masa lebih lama untuk dipulihkan.

Apa yang Diulang Berkali-kali akan Menjadi Kebenaran yang Diterima

Di sebalik insiden ini, terdapat satu ancaman yang lebih halusโ€”sesuatu yang berkembang melalui pengulangan dan manipulasi digital. Di Malaysia, radikalisme tidak lagi bersembunyi dalam bayanganโ€”ia berkembang pesat dalam arus perdana12, sama ada kita sedar atau tidak.13 Ahli politik, NGO konservatif dan pempengaruh mengeksploitasi kegelisahan etno-agama14, mengubahnya menjadi senjata. Mereka menyelubungi retorik mereka dalam nasionalisme, tetapi impak sebenar adalah hakisan berterusan terhadap keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.15 Ketuanan Melayu-Muslim, sentimen anti-minoriti, dan teori konspirasi saling berkait16, membentuk naratif toksik17 yang meresap dalam perbualan seharian masyarakat.

Apabila pembohongan kerap kali diulang, ia akhirnya menjadi โ€˜kebenaranโ€™ yang diterima. Di Malaysia, ekosistem digital turut mempercepatkan proses ini melalui penguatan naratif oleh algoritma18 yang mendorong naratif sampingan ke dalam wacana arus perdana. Laporan19 by INITIATE.MY oleh INITIATE.MY memetakan medan perang digital Malaysia yang dibentuk oleh peristiwa politik, mendedahkan bahawa media sosialโ€”jauh daripada bersifat neutralโ€”bertindak sebagai penguat dan pemudah cara bagi naratif sayap kanan, propaganda, serta hasutan keganasan. Algoritma dipacu oleh kecerdasan buatan (Artificial intelligence), yang direka untuk memaksimumkan penglibatan pengguna lebih cenderung mengutamakan kandungan yang paling lantang, marah-marah, dan provokatif20, tanpa mengambil kira ketepatan maklumat. Ketika masyarakat semakin terjerumus dalam perang digital ini, garis halus antara kemarahan dalam talian dan ekstremisme21 menjadi semakin kabur.

Harga bagi โ€˜Kebenaranโ€™ yang Tidak Dipersoalkan

Medan pertempuran digital ini bukan sekadar teoriโ€”ia mempunyai akibat yang ketara, seperti yang ditampilkan dalam A Jar of Light (Balang Terang)22, sebuah filem pendek karya Intan Sakinah yang memperlihatkan bagaimana maklumat palsu boleh memperkukuh prejudis. Kebencian tidak muncul dalam ruang kosong. Ia dibentukโ€”disogok, dipupuk, dan diolah sehingga ia membesar menjadi sesuatu yang mengerikan. Apa yang bermula sebagai bisikan dalam ruang digital akhirnya melambungkan gelombang besar yang melanda masyarakat dengan akibat yang nyata dan berkekalan. Balang Terang bukan sekadar sebuah cerita, tetapi cerminan bagaimana prejudis dibentuk, diubah, dan dierkukuh melalui maklumat palsu. Ia mengajukan satu persoalan penting: Bagaimana jika semua itu tidak benar?

Maklumat palsu bukan sekadar mengelirukanโ€”ia melukakan. Ia bukan sekadar memesongkanโ€”ia memusnahkan. Kepercayaan, reputasi, dan mata pencarian boleh musnah menjadi abu dalam sekelip mata. Di Malaysia, sebuah negara majoriti Muslim, wujud satu paradoks yang meresahkan: ketakutan terhadap minoriti. Ketakutan ini bukanlah sesuatu yang semula jadi; ia dicipta dan dimanipulasi melalui retorik 3R23 (Kaum, Agama, Raja), menjadikannya sebagai kapital politik.24 Tersoalan sebenar bukan hanya tentang siapa yang mendapat keuntungan daripada perpecahan ini, tetapi sejauh mana kita juga membiarkannya meresap sehingga kita tidak lagi mengenali diri kita sendiri diakhirnya.

Protes ‘Himpunan Bangkit Ummah’, yang diadakan pada 3 Januari 2025, didorong oleh panik moral dicetuskan oleh kumpulan Islamis sayap kanan yang mensasarkan Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti pembangkang berbilang kaum berhaluan tengah-kiri di Malaysia. Protes ini melangkaui sekadar perebutan kuasa politikโ€”ia berkenaan dominasi budaya. Kumpulan-kumpulan ini berusaha menekan negara untuk menguatkuasakan kepercayaan mereka melalui mekanisme institusi dengan mencipta panik moral. Taktik sebegini bukanlah sesuatu yang baharu; Gerakan Pembela Ummah juga pernah terlibat dalam melancarkan kempen Buy Muslim First 3.0 di Kuala Lumpur pada tahun 2019, yang menjurangkan lagi polarisasi kaum dan agama.

Menyingkir Prejudis dan Membangun Masa Depan Berakarkan Kebenaran

Maklumat palsu boleh memecahbelahkan masyarakat, justeru satu-satunya jalan pulang adalah dengan menyingkir prejudis. Prejudis tidak wujud secara keterasinganโ€”ia diajar. Ia meresap masuk melalui bilik darjah, perbualan kosong bersama orang tua, dan mesej WhatsApp tular yang dimajukan oleh saudara-mara yang bermaksud baik. Ia diserap seperti udara, menjadi sesuatuโ€”yang tidak dipersoalkan dan tertanam dalam. Namun, jika prejudis boleh dipelajari, maka ia juga boleh diulang pelajari.

Proses penyingkiran prejudis bukanlah satu hal yang pasif; ia memerlukan refleksi mendalam serta perubahan sistemik dalam cara kita berinteraksi dengan maklumat. Ia menuntut kita meruntuhkan kepercayaan yang telah dibina seumur hidup, menghadapi ketidakselesaan, dan mengajukan soalan yang sukar: Siapakah yang menanam kepercayaan ini? Siapakah yang mendapat manfaat daripada cara saya berfikir? Proses penyingkiran prejudis yang bermakna memaksa kita untuk menyoal apa yang kita terima, mencabar naratif yang diwarisi, dan menolak kepatuhan membuta tuli.

Seperti yang diingatkan oleh Audre Lorde,25 reminds us, “Bukanlah perbezaan kita yang memecahbelahkan kita. Tetapi ketidakupayaan kita untuk mengenali, menerima, dan meraikan perbezaan tersebut.” Cabaran sebenar bukan sekadar mengakui kepelbagaian tetapi enggan membiarkannya dipersenjatai terhadap kita. Sekiranya kita masih punya harap, ia terletak pada generasi muda. Mereka bukan sekadar pengguna pasif kandungan digital; mereka mencipta, menapis, dan mencabarnya. Hanis, dalam Balang Terang, mewakili generasi iniโ€”tidak mahu menerima pembohongan mudah dan memiliki keberanian untuk menyingkir prejudis yang mengaburkan penglihatan kita.

Izzah Dejavu ialah seorang penulis dan aktivis hak asasi manusia dalam memajukan keadilan sosial melalui penglibatan masyarakat, wacana awam dan aktivisme. Izzah aktif dalam isu kesaksamaan gender, memperluas ruang sivil dan mempertahankan hak asasi manusiaโ€”dalam berpihak pada suara golongan terpinggir dan mencabar sistem yang menindas.


  1. Read; https://assets.cambridge.org/97811070/49130/excerpt/9781107049130_excerpt.pdf 
  2. Read; https://unu.edu/cpr/blog-post/who-speaks-and-who-listens-online 
  3. Watch; https://www.ted.com/talks/eli_pariser_beware_online_filter_bubbles 
  4. Read; https://www.merriam-webster.com/dictionary/misinformation 
  5. Read; https://www.merriam-webster.com/dictionary/disinformation 
  6. Read; https://malaysia.news.yahoo.com/anti-khat-rally-jerantut-sparked-225508643.html 
  7. Read; https://www.aljazeera.com/news/2019/8/15/outrage-in-malaysia-as-zakir-naik-suggests-chinese-expulsion 
  8. Read; https://icct.nl/publication/when-opposition-extremism-dangers-over-securitisation-and-online-vigilantism 
  9. Read; https://www.therakyatpost.com/news/malaysia/2024/05/08/type-c-meleis-tracing-the-roots-of-racial-slurs-in-malaysia/ 
  10. Read; https://www.therakyatpost.com/news/malaysia/2024/05/07/darsa-fried-chicken-apologizes-for-racist-type-c-comment-highlighting-malaysias-struggle-with-racial-harmony/ 
  11. Read: https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2025/02/1176661/updated-corn-seller-who-used-racial-slur-signboard-arrested 
  12. Read; https://www.scmp.com/week-asia/people/article/3210877/malaysias-armed-islamist-parade-deepens-fears-growing-conservatism 
  13. Read; https://www.malaysiakini.com/news/470193 
  14. Read; https://www.thestar.com.my/news/nation/2024/04/01/third-kk-super-mart-outlet-attacked-with-molotov-cocktail 
  15. Read; https://kyotoreview.org/issue-28/ethno-religious-politics-in-malaysia-will-malaysia-ever-escape-the-political-religio-race-trap/ 
  16. Pusat KOMAS, The Malaysia Racism Report 2023 (Pusat KOMAS, 2023), https://komas.org/download/Malaysia-Racism-Report-2023.pdf 
  17. Read; https://www.theguardian.com/commentisfree/2019/apr/01/far-right-bookshelves-jordan-peterson-thilo-sarrazin 
  18. Read; https://www.orfonline.org/expert-speak/from-clicks-to-chaos-how-social-media-algorithms-amplify-extremism? 
  19. Read; https://initiate.my/online-extremism-codebook/ 
  20. Read; https://ijgis.pubpub.org/pub/07h8h2gy/release/2 
  21. Read; https://www.un.org/en/observances/prevention-extremism-when-conducive-terrorism-day 
  22. Read; https://engagemedia.org/projects/tech-tales-youth/bangladesh-malaysia/balang-terang/ 
  23. Read; https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysia-considering-new-law-to-impose-civil-penalties-on-those-playing-up-3r-sentiments 
  24. Read; https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/clampdown-on-malaysia-s-3r-ethnic-issues-could-backfire-on-anwar-administration 
  25. Read; https://www.poetryfoundation.org/poets/audre-lorde